Pertubuhan


 



UNDANG-UNDANG BAGI
Pertubuhan Khairat Kematian
Taman Tun Teja Rawang, Selangor D.E

FASAL  1       NAMA

                        Nama Pertubuhan ini ialah Pertubuhan Khairat Kematian Taman Tun
                        Teja, Rawang Selangor, selepas ini disebut Pertubuhan.

FASAL  2       ALAMAT DAN TEMPAT URUSAN

                        Alamat dan tempat urusan pertubuhan ialah Surau Taman Tun Teja, Jalan Tun Teja 2, 48000 Rawang Selangor D.E atau dilain tempat atau tempat-tempatyang, akan ditetapkan dari masa ke semasa oleh Jawatankuasa. Alamat dan, tempat urusanpertubuhan tidak boleh diubah dengan tidak dibenarkan terlebih dahulu oleh Pendafratan Pertubuhan.

FASAL  3       TUJUAN

(1)          Tujuan pertubuhan ini ialah untuk memberi bantuan wang kepada
Ahli atau tanggungan ahli bila berlaku kematian di antara mereka.

Pin. 1                       (2)       Pengurusan jenazah akan diuruskan oleh Pertubuhan Khairat
15.11.01                        Kematian Taman Tun Teja Rawang, apabila berlaku kematian
PPP/SEL.358/00              diantara mereka.

FASAL 4        KEAHLIAN
                       
(1)               Ahli-ahli pertubuhan ini terbuka kepada penduduk-penduduk
Taman Tun Teja yang berumur tidak kurang daripada 16 tahun tetapi tidak lebih daripada 60 tahun. Seseorang yang ingin menjadi ahli hendaklah memohon dan mendaftar namanya, nama-nama tanggungannya, lengkap dengan umur dan alamat kepada Setiausaha. Mesyuarat Jawatankuasa berkuasa melulus atau menolak permohonan untuk menjadi ahli.

(2)               Kepada ahli yang berpindah dari Taman Tun Teja, keahlian diteruskan dengan syarat menjelaskan yuran bulanan seperti di Fasal 6 (1).

Pin. 4                       (3)        Tempuh matang menjadi ahli ialah selama 6 bulan daripada tarikh
9.1.08                                                         diterima keahlian seseorang serta membayar yuran bulanan.




FASAL 5        WANG PENDAFTARAN

(1)               Tiap-tiap ahli baru hendaklah membayar wang pendaftaran
sebanyak RM 10.00 (sepuluh sahaja).
(2)               Wang pendaftaran gunanya semata-mata untuk membayar pendahuluan bantuan kematiana dan tidak boleh digunakan untuk perkara-perkara lain.

(3)               Bila ada kematian wang khairat boleh dibayar dari kumpulan wang pendaftaran ahli-ahli. Setelah itu hendaklah dikutip balik daripada yuran bulanan ahli dengan sama banyak untuk mencukupkan wang yang telah dibayar itu. Ahli-ahli yang tidak membayar yuran tersebut tidak berhak mendapat apa-apa bantuan jika wang pendaftarannya telah habis.

FASAL  6       YURAN

Pin.5
31.7.09               (1)           Tiap-tiap ahli dikenakan membayar yuran bulanan sebanyak RM 4.00 (Empat ringgit sahaja) kepada bendahari terlebih dahulu sebelum minggu pertama bulan berikut. Ahli-ahli yang membiarkan hutang yurannya lebih daripada enam(6) bulan, dengan sendirinya terhenti menjadi ahli. Yuran bulanan boleh digunakan untuk perbelanjaan pentadbiran sahaja.

(2)        Segala wang pendaftaran dan lain-lain sumber pendapatan hendaklah di gunakan untuk membayar bantuan kematian dan wang ini hendaklah dimasukan ke dalam Bank Simpanan Nasional atau disimpan dengan suatu bank daripada Malaysia Exchange Banks Association atau Bank Muamalat atas nama pertubuhan.

FASAL  7       BANTUAN KEMATIAN

                        Wang bantuan akan dikeluarkan apabila berlaku kematian seperti dibawah
                        Ini:-
Pin 4                        (a)      Atas kematian ahli sendiri                                RM 800.00
9.1.08                      (b)      Atas kematian isteri/suami ahli             RM 800.00
                        (c)       Atas kematian tanggungan ahli seperti            RM 350.00
                                   Anak dan ibu/bapa dan sepasang ibu/bapa
                                   Mertua sahaja
Pin. 5                 (d)       Atas kematian adik, kakak atau abang ahli,     RM 150.00
31.7.09                           yang ‘Orang  Kurang      Upaya’ (OKU)   
                                   yang tinggal bersama dengannya.




FASAL  8       SYARAT BATUAN

(1)               Bantuan kematian akan dibayar cuma atas kematian ahli dan tanggungan-tanggungan ahli yang namanya ada didalam daftar yang disimpan oleh Setiausaha dengan syarat ada sijil salinan kematian yang sah. Bagi kematian tanggungan, bantuan akan dibayar kepada ahli dan bagi kematian ahli sendiri, bantuan akan dibayar kepada waris.

Pin.4                        (2)          Apabila berlaku kematian keatas ahli dan tanggungan ahli, tuntutan
9.1.08                                                         hendaklah dibuat dalam mas 6 bulan daripada tarikh kematian.

(3)               Anak(tanggungan) yang telah berkakwin maka gugurlah sebagai tanggungan ahli.

Pin. 5                         (4)             Bagi tanggungan ahli, hanya yang bertaraf warganegara Malaysia
31.7.09                           atau Penduduk tetap sahaja yang layak mendapat bantuan khairat apabila berlaku   Kematian.

Pin.5                  (5)         Bekas ibu atau bapa mertua ahli tidak layak mendapat bantuan    
31.7.09                                  Khairat.

FASAL  9       PENTADBIRAN

Pin.2                        (1)        Kuasa yang tertinggi di dalam pertubuhan ini terletak di dalam          
17.6.08                           Mesyuarat Agung. Didalam Mesyuarat Agung ahli-ahli hendaklah memilih Ahli-ahli Jawatankuasa untuk mentadbir perjalanan harian pertubuhan. Mereka ini akan memegang jawatan sehingga Mesyuarat Agung yang akan datang, iaitu selama 2 tahun. Ahli-ahli jawatankuasa itu mengandungi:-

(1)               Seoarang Pengerusi
(2)               Seorang Naib Pengerusi
(3)               Seorang Setiausaha
(4)               Seorang Penolong Setiausaha
(5)               Seorang Bendahari
(6)               15 Ahli Jawatankuasa Biasa.

(2)                    Semua ahli yang berkhidmat di dalam jawatankuasa dan tiap-tiap pegawai lain yang menjalankan tugas-tugas eksekutif pertubuhan ini hendaklah Warganegara Malaysia.

(3)                    Nama-nama untuk jawatan-jawatan diatas hendaklah dicadangkan dan disokong dan pemilihan dijalankan dengan cara mengundi oleh ahli-ahli di dalam Mesyuarat Agung Tahunan. Semua pegawai boleh dilantik semula tiap-tiap tahun.

FASAL 10      TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEGAWAI

(1)               Pengerusi hendaklah mempengerusikan segala Mesyuarat Jawatankuasa dan Mesyuarat Agung

(2)               Naib Pengerusi akan membantu Pengerusi menyelia urusan pentadbiran pertubuhan. Dalam masa ketiadaan Pengerusi dia akan mempengerusi segala mesyuarat dan juga menjalankan tugas Pengerusi.

(3)               Setiausaha akan menguruskan segala surat-menyurat bagi pihak pertubuhan, menyimpan segala peringatan-peringatan Mesyuarat Jawatankuasa dan Mesyuarat Agung, menjaga buku-buku peringatan tentang perjalanan pertubuhan, mengadakan buku daftar bagi ahli-ahli dan menjalankan tugas-tugas lain yang patut diselenggarakan oleh Setiausaha. Buku daftar ahli-ahli hendaklah mengandungi butir-butir seperti berikut:-


Bil
siri
Nama
Ahli
Tarikh
Menjadi
Ahli
Umur/
Tarikh
Lahir
No
IC
Alamat
Pekerjaan
Nama-
Nama
tanggungan
Nama
waris

                       
(4)               Penolong Setiausaha akan membantu Setiausaha dalam menjalankan kerja-kerjanya.

(5)               Bendahari akan menerima/memungut segala yuran pertubuhan, menyimpan buku yuran dan buku kira-kira wang masuk dan keluar serta menyediakan perkara-perkara berikut:-
(a)                Penyata Kira-kira bulanan, dan
(b)               Penyata Kira-kira Tahunan berakhir pada 31 Disember. Penyata Kira-kira ini hendaklah diperiksa dan disahkan oleh Pemeriksan Kira-kira yang dilantik dalam Mesyuarat Agung Tahunan. Bendahari tidak dibenarkan menyimpan wang tunai ditangan lebih daripada  RM 700.00 (Ringgit Malaysia Tujuh Ratus Sahaja) pada satu-satu ketika dan semua wang lebih daripada itu hendaklah dimasukkan ke dalam Bank yang telah dipersetujui oleh jawatankuasa. Ia bertanggungjawab berkenaan dengan segala wang yang diterima dan dibayar serta diberi kuasa menanda tangani cek-cek bagi pihak pertubuhan bersama-sama dengan Pengerusi atau Setiausaha. Kira-kira bank itu hendaklah dia atas nama pertubuhan.

(6)               Ahli-ahli Jawatankuasa biasa hendaklah hadir di dalam mesyuarat dan membantu pegawai-pegawai yang di atas itu menjalankan tugas-tugas mereka.

FASAL 11      MESYUARAT AGUNG TAHUNAN

(1)               Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah diadakan dengan secepat mungkin selepas berakhirnya tahun kewangan, tetapi tidak lewat daripada 31 Mac tiap-tiap tahun. Notis mesyuarat termasuk salinan Laporan Tahunan dan Penyata Kira-kira yang diluluskan oleh Pendaftar bagi tahun yang lalu hendaklah diedarkan kepada semua ahli sekurang-kurangnya 14 hari sebelum diadakan mesyuarat.

(2)               Perkara-perkara yang hendak diuruskan di dalam Mesyuarat Agung Tahunan ialah:-
(a)                Mengesahkan Minit –minit Mesyuarat Agung yang lalu
(b)               Menerima Laporan Jawatankuasa berkenaan kerja-kerja pertubuhan di dalam tahun yang lalu.
(c)                Menerima Penyata Kira-kira bagi tahun yang lalu.
Pin. 2                     (d)       Melantik Ahli-ahli Jawatankuasa dan Pemeriksa Kira-kira
17.6.03                                                            untuk tempuh 2 tahun.
(e)                Mengurus lain-lain perkara yang dibentangkan didalam    mesyuarat itu.

(3)               Mesyuarat Agung Tahunan hanya sah dijalankan jika dihadiri oleh ahli-ahli yang berjumlah tidak kurang dari 3 kali ganda jumlah ahli-ahli jawatankuasa.

FASAL 12      MESYUARAT AGUNG KHAS

(1)               Mesyuarat Agung Khas boleh diadakan pada bila-bila masa apabila difikirkan mustahak oleh mesyuarat jawatankuasa atau mesti diadakan oleh Setiausaha dalam tempuh 30 hari setelah menerima permintaan bertulis yang di tanda-tangani beramai-ramai oleh tidak kurang dari 1/5 daripada jumlah ahli yang menerangkan sebab-sebab hendak diadakan mesyuarat itu.

(2)               Notis dan agenda untuk Mesyuarat Agung Khas hendaklah diedarkan oleh Setiausaha kepada semua ahli sekurang-kurangnya 7 hari sebelum diadakan mesyuarat.

(3)               Mesyuarat Agung Khas hanya sah dijalankan jika dihadiri oleh ahli-ahli yang berjumlah tidak kurang dari tiga(3) kali ganda jumlah ahli-ahli jawatankuasa.


FASAL 13      MESYUARAT JAWATANKUASA

(1)               Mesyuarat Jawatankuasa hendaklah diadakan sekurang-kurangnya 3 bulan sekali dan boleh diadakan juga pada bila-bila masa, jika difikirkan perlu oleh Pengerusi
(2)               Notis dan agenda untuk Mesyuarat Jawatankuasa hendaklah diedarkan kepada semua ahli jawatankuasa sekurang-kurangnya 7 hari sebelum diadakan mesyuarat.
(3)               Mesyuarat Jawatakuasa hanya sah dijalankan jika dihadiri oleh tidak kurang dari ½ jumlah ahli-ahli jawatankuasa.

FASAL  14     PEMECATAN JAWATANKUASA

                        Pemecatan ahli-ahli jawatankuasa dan pilihan penggatinya boleh dilakukan di dalam Mesyuarat Agung Khas. Mesyuarat Jawatankuasa boleh melantik pemangku bagi jawatan-jawatan yang kosong kerana ahli-ahli jawatankuasa yang berhenti atau meninggal dunia.


FASAL 15      PEMERIKSA KIRA-KIRA

                        Dua orang yang bukan ahli-ahli jawatankuasa hendaklah dilantik didalam tiap-tiap Mesyuarat Agung Tahunan sebagai Pemeriksa Kira-kira. Mereka hendaklah memeriksa kira-kira pertubuhan bagi setahun dan membuat  laporan untuk Mesyuarat Agung Tahunan. Mereka boleh juga memeriksa kira-kira pertubuhan pada bila-bila masa juga jika difikirkan perlu oleh Pengerusi. Sekurang-kurangnya sekali tiap-tiap tahun kira-kira pertubuhan hendaklah dikemukakan untuk diaudit oleh seorang juruaudit yang diluluskan terlebih dahulu oleh Pendaftar Pertubuhan.

FASAL  16     PERKARA AM

(1)   Seseorang ahli boleh menamakan pewaris sebagai orang yang akan menerima wang bantuan daripada golongan yang disebutkan ini; suami, isteri, anak(termasuk anak angkat, ibu, bapa, ibu mertu, bapa mertua, menantu, saudara seibu dan sebapa, saudar seibu dan sebapa.

(2)   Tiap-tiap ahli hendaklah diberi dengan percuma satu salinan Undang-Undang Pertubuhan ini apabila diterima menjadi ahli. Orang-orang lain samaada ahli atau tidak, boleh diberi satu salinan dan dibayarnya wang sebanyak tidak lebih daripada RM 2.00.

(3)   Buku-buku pertubuhan ini dan daftar ahli-ahli boleh diperiksa oleh sebarang ahli atau seseorang yang mempunyai kepentingan dalam kumpulan wang pertubuhan dengan syarat memberitahu Setiausaha 5 hari terlebih dahulu.

(4)   Ahli-ahli yang ada kemusykilan terhadap pegawai-pegawai pertubuhan atau pertubuhana ini boleh mengemukakan kemusykilannya didalam Mesyuarat Agung dan keputusan Mesyuarat Agung adalah muktamad. Bekas ahli dan mereka yang ada bersangkutan dengan pertubuhan ini boleh mengemukakan kemusykilan ke dalam Mesyuarat Agung melalui ahli pertubuhan.

(5)   Sesuatu perbelanjaan yang tidak lebih daripada RM200.00(dua ratus ringgit sahaja) bolehlah dibenarkan oleh Bendahari bersama-sama dengan Pengerusi atau Setiausaha dan disahkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa kemudiannya. Sesuatu perbelanjaan yang lebih daripada RM200.00(Dua Ratus Ringgit Sahaja) tidak boleh dilakukan sebelum diluluskan terlebih hadulu oleh Mesyuarat Jawatankuasa dan sesuatu  perbelanjaan yang lebih daripada RM 1,000.00(Seribu Ringgit Sahaja) tidak boleh dilakukan sebelum diluluskan terlebih dahulu oleh Mesyuarat Agung. Bagaimana pun pembayaran bantuan yang ditetapkan dalam Fasal (7) di atas tidak tertakluk kepada sekatan ini dan boleh dibayar seterusnya jika syarat-syarat mendapatkan bantuan telah disempurnakan.

(6)   Ahli-ahli yang sengaja melanggar undang-undang pertubuhan ini atau berkelakuaan tidak baik sehingga mencemarkan nama baik atau mendatangkan kerugian kepada pertubuhan ini boleh dipecat daripada menjadi ahli oleh Mesyuarat Jawatankuasa. Sebelum dipecat ahli itu mestilah diberitahu dengan bertulis tentang sebab-sebab dia hendak dipecat dan diberi peluang untuk memberi apa-apa penjelasan yang ada dengan bertulis atau menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa yang diadakan khas untuknya. Jika 2/3 ahli-ahli jawatankuasa yang hadir dalam mesyuarat mengundi menyokong pemecatan maka ahli itu dipecat dengan serta-merta. Walaupun demikian ahli itu boleh, jika tidak puas hati merayu kepada Mesyuarat Agung menurut ceraian (4) diatas.

(7)   Seseorang pelajar Universiti atau Kolej Universiti tidak akan diterima menjadi ahli pertubuhan ini kecuali dia telah dibenarkan terlebih dahulu secara bertulis oleh Naib Canselor Universiti yang berkenaan.

(8)   Ahli yang hendak berhenti menjadi ahli pertubuhan ini hendaklah memberi kenyataan yang bertulis dua minggu terlebih dahulu kepada Setiausaha dan membayar segala hutang-hutangnya.

(9)   Lima puluh peratus daripada kumpulan-kumpulan wang pertubuhan yang tidak segera dikehendaki untuk membayar faedah bolehlah dilaburkan dalam sekuriti amanah, atau dengan persetujuan Pendaftar atas syarat-syarat sebagaimana yang dikenakannya, bagi membeli tanah.

Pin. 3                       (10) Bagi suami/isteri, mertua baru, anak yang baru lahir, anak tiri yang
6.5.05                                         baru dan anak angkat yang sah mengikut undang-undang, hendaklah
didaftar kepada Setiausaha Pertubuhan Khairat Kemaatian dalam masa 30 hari setelah mendapatkannya. Kelonggaran 30 hari adalah tempuh yang dibenarkan.

FASAL  17     PENGAMANAH

(1)               Tiga orang Pengamanah yang berumur lebih daripada 21 tahun hendaklah dilantik di dalam Mesyuarat Agung dan mereka akan berkhidmat selama yang dikehendaki oleh pertubuhan. Kepada mereka akan diamanahkan semua harta tetap dan pelaburan kumpulan wang pertubuhan. Seseorang ahli yang mamegang jawatan Setiausaha dan Bendahari dalam pertubuhan ini tidak boleh dilantik menjadi Pengamanah
(2)               Suatu salinan ketetapaan melantik seseorang pemegang amanah yang ditandatangani oleh Pengamanah yang dilantik dan disahkan oleh Setiausaha hendaklah dihantarkan kepada Pendaftar.

(3)               Seseorang Pengamanah boleh dilucutkan daripada jawatannya oleh Mesyuarat Agung oleh sebab uzur kerana penyakit, tidak siuman, tidak berada didalam negeri atau atas lain sebab yang dia tidak boleh menjalankan tugasnya atau pekerjaannya dengan memuaskan. Jika berlaku kematian, perletakan jawatan atau perlucutan jawatan bagi seseorang Pengamanah maka kekosongan itu bolehlah dipenuhkan oleh Pengamanah yang baru dilantik didalam Mesyuarat Agung.

FASAL  18     TAFSIRAN

                        Diantara berlangsungnya Mesyuarat Agung, Mesyuarat Jawatankuasa boleh memberi tafsiran kepada undang-undang ini dan memutuskan perkara-perkara yang tidak terkandung didalam undang-undang ini. Keputusan Jawatankuasa itu adalah muktamad jika tidak atau sehingga diubah oleh keputusan Mesyuarat Agung.

FASAL  19     PINDAAN UNDANG-UNDANG

                        Segala pindaan undang-undang ini hendaklah diluluskan di dalam Mesyuarat Agung oleh ahli-ahli yang hadir dengan suara terbanyak, akan tetapi pindaan kepada pindaan undang-undang yang akan mengurangkan bantuan yang ditetapkan dalam undang-undang ini hanya boleh dibuat dengan persetujuan ¾ (tiga perempat) daripada jumlah ahli-ahli pertubuhan dengan cara undi sulit. Permohonan untuk perubahan atau pindaan hendaklah dibuat kepada Pendaftar Pertubuhan di dalam masa 28 hari dari tarikh keputusan hendak membuat atau pindaan itu dan hanya boleh dijalankan kuat kuasanya mulai daripada tarikh perubahan atau pindaan itu diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan.




FASAL  20     PEMBUBARAN

                        Pertubuhan ini tidak boleh dibubarkan melainkan dengan persetujuan 3/4 (tiga perempat) daripada ahli-ahli pertubuhan ini di dalam Mesyuarat Agung yang diadakan khas untuknya. Apabila keputusan telah diambil untuk membubarkan pertubuhan ini,  maka segala hutang dan piutang yang sah hendaklah dijelaskan dan baki wang yang tinggal hendaklah dibahagi-bahagikan mengikut keputusan Mesyuarat Agung untuk membubarkan pertubuhan ini.  Pembubaran itu hendaklah diberitahu kepada Pendaftar Pertubuhan dalam tempoh 14 hari dari tarikh pembubaran.





Tandatangan………………………………              Tandatangan………………………….

Nama: HJ MOHAMMAD BIN MOHD ZIN               Nama: MOHD ZAIN BIN AB RAHMAN

Jawatan:  PENGERUSI                                      Jawatan :  SETIAUSAHA